Monday, 23 July 2012

Bertadarus Dalam Bulan Ramadhan



Bulan Ramadhan adalah bulan penurunan al-Quran sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya;
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)". (al-Baqarah: 185)
Oleh itu, amat digalakkan kita menghidupkan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan membaca al-Quran. Membaca al-Quran termasuk antara amalan-amalan terbaik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah terutamanya di bulan Ramadhan ini di mana pahalanya lebih berlipat-ganda lagi. Sabda Rasulullah s.a.w.;
مَاْ تَقَرَّبَ الْعِبَاْدِ إِلَى اللهِ تعالى بـِمِثْلِ مَا خَرَجَ مِنْهُ يَعْنِيْ الْقُرْآنَ
"Tidak (ada cara terbaik) hamba-hamba mendekatkan (diri mereka) dengan Allah seumpama apa yang keluar dariNya (yakni yang datang dari Allah) iaitulah al-Quran". (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, at-Thabrani dari Abu Umamah r.a.)
Selain membaca secara bersendirian, digalakkan juga kita membaca secara berkumpulan atau bertadarus. Dalam hadis Bukhari, Ibnu 'Abbas menceritakan; "Pada setiap malam di bulan Ramadhan malaikat Jibri datang kepada Rasulullah s.a.w. untuk bertadarus al-Quran dengan baginda". Mengenai fadhilat bertadarus, ia dijelaskan oleh Rasulullah s.a..w. dalam satu hadis baginda;
مَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِيْ بَيْتٍ مِنْ بُيُوْتِ اللهِ يَتْلُوْنَ كِتَاْبِ اللهِ وَ يَتَدَاْرَسُوْنَهُ فِيْمَاْ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِيْنَةُ وَ غَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَ حَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ وَ ذَكَرَهُمُ اللهُ فِيْمَنْ عِنْدَهُ
"Apabila berhimpun sekumpulan manusia di suatu rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka (yakni bertadarus), maka turunlah ke atas mereka ketenteraman, mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang berada di sisiNya". (Riwayat Abu Daud)
okeyh: kat atas ni saya just copy paste dari website JAWHAR, JPM
Alhamdulillah, kat ofis pun ade buat program tadarus tiap2 kali Ramadhan.  Alhamdulillah jugak, this is my 3rd years, last year tak dapat sebab time ni tgh cuti berpantang.
Apa yang bestnye bertadarus ni?
Selain daripada kita dapat buat ibadah secara am nya dan struggle utk memperoleh pahala khususnya(ni antara kita dan Allah swt je) kite jugak dapat upgrade memory yg lame2.  kalau kat ofis saye ni, kte buat in circle, sorang bace yg lain2 tengok check tajwid.  make sure btol.  kalau tak btol n same2 tak tegur, same2 la dapat dosa sorang sikit.  So memang penting utk mempunyai sorang yg btol2 tau pasal tajwid dalam tiap2 group.
Kalau ofis korang takde buat cm ni, korang boleh je google tgk website yg provide Quran online.  sambil2 dengar, sambil2 bace.  Mula la dari awal.  nanti kejap je insyaAllah tibe2 je dah khatam.kan?kan?
Saye pun berazam nak try khatam Quran sekali pun cukup lah dalam bulan Ramadhan ni.  Kat ofis kite bace dengan kawan2, kat rumah kte bace sorang2, lebih fokus kot.  So sy harap yg sorang2 tu dapatlah dikhatamkan.
Kena pandai cari mase je lah..
Lepas Maghrib mungkin, saye tau, tahun ni saya mungkin tak berkesempatan nak bertarawikh di Masjid..siape nak jage Dhia?kat rumah nak solat Fardhu pun memang kelam kabut.huhu..takpe..insyaAllah ade rezki nanti.

So boleh jugak buat time Dhia tidor kan?
so Jom kawan2 kite bertadarus:)

p/s : feeling ustajah~~~jauhsekali~~



No comments:

Post a Comment

THANK YOU :)