Hai
lame tak menaip
Pagi2 terbaca pulak blog Sepet cite pasal isu sensitif tersebut. Tak logik betol la si pengirim emel tu nak sensitif bab tu.
Yup. Betol. Kalau tanya pengemis sekalipun..dorang semua akan agree ILMU tu penting. Belajar tinggi2 tu penting. Tapiiiii..tak logik la kalau kata seorang ibu tu kena berpelajaran tinggi untuk didik anak.
Aku akan bangkang 100%.
Tak semestinya ibu tu tak berpelajaran tinggi tak boleh didik anak dengan elok. Ilmu didik anak ni tak sama dengan ilmu yang kau belajar kat U. Walaupun kau belajar ilmu pendidikan kanak-kanak sekalipun..bila kau apply..memang sangat lain. Betol jugak kata Sepet, macam aku, dulu belajar secretary..bukan ilmu secretary yg aku akan guna dalam nak didik anak aku.
Teori tak sama dengan apa yang korang praktikkan. Sekadar jadi sumber rujukan sahaje!
Keadaan aku pun same jugak macam Sepet.
Cita-cita memanglah tinggi nak belajar tinggi. Nak keep on belajar dan belajar sampai peringkat tertinggi. Tapi keadaan yang menghalang. Nak seribu daya, tak nak seribu alasan?? Cakap senang lah..cuba kau duduk dalam situasi kami2 yang terhalang ni.
Sampai kiamat pun kalau aku senaraikan penghalang2 aku untuk sambung belajar kau akan tak puas hati. Still akan cakap itu semua alasan. But then again, cakap senanglah kan.
Malas nak taip pepanjang lah. Senang cite, kalau kita tak ada dalam keadaan orang yang menanggung tu, JANGAN CAKAP BANYAK.
Alhamdulillah, aku rasa aku banyak belajar ilmu parenting ni dari bacaan dan tengok orang sekeliling. mane yang tak elok aku jadikan warning alert, yg elok aku jadikan guideline.
Alhamdulillah jugak Dhia punya progress dalam masa 2 tahun 9 bulan ni memang thorrbaik. Doa makan dah lancar. Zikir2 pun dah lancar. Alfatihah dah lancar kalau ikut orang baca (in progress utk hafaz). Itu perkembangan dari segi ilmunye lah. Dari segi dalaman, aku still tak dapat nak buat dia rasa confident. Masalah 'penakut' tu masih banyak lagi. I guess its normal for 2years old kid kan. Ada yang terlebih berani, ada yang terlebih takut. Ambil masa lah.
Minggu ni pulak, Dhia terpilih untuk bantu cikgu2 praktikal di Taska untuk praktikal PERMATA. Korang google sendiri la permata tu apa. Apa yang lagi membanggakan aku is..cikgu tetap Dhia kata, semua cikgu praktikal berebut2 nak ambik Dhia untuk bantu dorang buat praktikal. Alhamdulillah. Tak ada apa yang lebih membanggakan aku dan menggembirakan aku dari mendengar dan melihat pencapaian anak sendiri. Cikgu kata Dhia enjoy buat semua aktiviti yang cikgu2 praktikal sediakan. Dengar arahan. Fokus. Semua tu markah untuk cikgu2 praktikal. Kalau dorang bagi arahan and student2 boleh ikut maknenye ilmu tu sampai, cara dorang sampaikan tu betol dan student tu BELAJAR. so bila ada concept itu, banyaklah markah cikgu2 tu. Mtk maaflah kalau ada yang terasa hati baca post aku ni...jauhhhh dari hati aku terdetik riak. Nauzubillahiminzalik. Its a BIG NO. Apa yang aku kongsikan ni adalah semata2 untuk naikkan confident ibu2 yang mungkin senasib dengan aku. :) Its okay dear...u have soooo many time to prove they're wrong. TOTALLY WRONG!
Happy jugak tengok ada kawan2 yang setaraf pendidikan macam aku ni..anak 2 tahun dah baca IQRA..see. Mentor herbalife aku pun setaraf pendidikan macam aku, anak 2 tahun speaking belit2 okeh. Banyak sangat2 lah contoh kt luar sane.
Anda perlukan ilmu untuk mendidik anak..ilmu itu ialah ilmu mendidik anak.
Ya aku sokong 100% ilmu tu penting.
belajar tinggi2 tu penting, boleh jadi sumber inspirasi untuk anak2. Good for you lah kalau ada rezeki untuk buat semua tu. tapi untuk kami2 yang tak berkesempatan untuk buat semua tu jangan lah putus asa. Banyak lagi cara.
InsyaAllah, Yang Maha Berkuasa akan bantu. DIA saja yang tau isi hati kamu. niat kamu azam kamu. Jangan cepat mengalah okeyh..
chill~~~
No comments:
Post a Comment
THANK YOU :)