Wednesday, 4 March 2015

Farewell



2008 - 2015
Sedih sangat.  Majlis farewell khas untuk Bos.  
Masa buat slide, aku banjir.  Nak masuk bilik meeting banjir.  Dah start majlis banjir.  Tayangan slide banjir lagi.

Sedih sebab susah nak dapat bos yang memahami macam bos aku.

Dari aku single terkontang kanting dalam dunia 'percintaan' hahaha..sampailah dah nak masuk anak yang kedua insyaaAllah.  Masih lagi di bawah jajahan bos.  Jajahan yang tiada rasa dijajah. Bebas melontarkan idea.  Meluahkan rasa.

Walaupun bos masih single, tapi dia boleh memahami situasi each staff yang macam2 kerenah.  Cuti, EL, MC semua tu jadi mainan waktu aku start mengandung anak 1st.  Waktu nak besarkan anak cuti anak demam, tibe2 pengasuh takde, still dia paham.  Mungkin jauh dalam hati dia ada rasa tak puas hati, wallahualam tapi dia tak pernah tunjuk sebab nak bagi kita rasa comfort.  Waktu abah aku sakit pun same, tibe2 kene balik, mtk cuti hantar abah checkup.  Bos paham jugak.  Walaupun dia tak pernah ada tanggungjawab yang sama macam aku.

Bab kerja pulak, dia pandai delegate tugas.  Dia tau kemampuan seseorang staff tu.  Macam aku, dia dedahkan dengan semua benda.  Bukan hanya tugas PA semata-mata.  Dia bagi aku rasa jadi EO, dia bagi aku rasa jadi PAP, dia bagi aku rasa jadi PTD.  Semua.  Paling tak boleh lupa, masa dia bagi aku rasa kerja jadi officer.  Bukan nak bangga diri.  Diri ni hina je, tapi kebetulan masa tu, officer yang patut handle tugas tu kena g DPA so aku bersama seorang EO yang handle tugas pembukaan pusat temu duga di Ipoh.  From A to Z kami berdua bersama.  Dari jumpa kontraktor, proses renovation, proses penyewaan, proses pilih carpet, pilih perabot, susun ator, tiap2 minggu ulang alik ipoh untuk make sure ada progress.  Sampailah majlis perasmian.  Puas hati sangat dengan pengalaman tu.

Masa aku mula2 masuk kerja, kalau buat surat, dia draft je and aku just type bagi jadi surat.  Tu pada peringkat pengenalan la.  Dia bagi aku kenal style surat dia.  Lame2 dia sebut je nak buat surat ape, maklumat semua kena cari sendiri pandai2lah rujuk kat officer perkara yang berkaitan.  Alhamdulillah berkat tunjuk ajar dia aku dah tak risau kalau bos mtk buat surat.  Korang ingat surat ni senang ke, lagi2 kalau kena bagi kat menteri2.  Salah ayat, kompom pejabat menteri call.  Alhamdulillah.

Kalau bos outstation, tak pernah lupa aku.  Even ke Seremban yang sekangkang kera tu mesti ada something untuk aku.  Balik kampung dia pun mesti dia tak lupa.  Bos jarang buat claim, tapi bila dia claim mesti dia akan belanja satu bahagian.  Kata dia, dalam rezeki dia, ada hak2 anak buah dia yang tolong lancarkan kerja dia.  

Hmm..banyak sangat rasanya kenangan aku dengan bos.  Aku harap dengan pengalaman yang bos aku bagi boleh mempersiapkan aku untuk mengadap bos baru yang aku tak tau bila tu. huhuhu...

Terima kasih bos atas semua jasa baik bos.

No comments:

Post a Comment

THANK YOU :)